Sunday 13 July 2014

Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 : Usaha Memartabatkan Khazanah Bangsa


KONGRES WARISAN MELAYU SEDUNIA 2014 adalah kesinambungan projek yang telah dimulakan pada tahun 2005 yang perlu dipertingkatkan keberhasilannya.

Ia adalah gabungan usahasama di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).

Usaha ini dilakukan bertujuan untuk menggemilangkan semula produk warisan yang boleh diperolehi diseluruh pelusuk desa, di dalam mahupun di luar negara. Pusaka warisan ini merupakan aset yang boleh meningkatkan ekonomi negara.

Matlamat dan tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk:-

Menyatupadukan masyarakat ekonomi warisan melalui rantaian dan rangkaian yang kukuh dan bersepadu secara sistematik demi mempertingkatkan ekonomi negara.

Membimbing generasi baharu berkaitan produk warisan yang boleh meningkatkan potensi keusahawanan melalui daya pemikiran inovatif dan kreatif.

Meningkatkan pengetahuan, membina kapasiti sumber manusia, 'membuka mata' kepada negara mengenai kekayaan sumber warisan yang ada di negara ini.

Memberi kesedaran perihal kepentingan harta intelek untuk produk warisan.

Meningkatkan penglibatan pelajar dalam jaringan industri untuk menjamin kebolehpasaran graduan,

Mewujudkan pusat penyelidikan, pembangunan dan pengkormersilan (RDC) produk warisan.


sumber maklumat : http://icn.uitm.edu.my/kongreswarisanmelayu/



LATAR BELAKANG DAN MATLAMAT PENUBUHAN



Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) ialah sebuah organisasi bukan kerajaaan yang telah ditubuhkan pada 9hb Disember 1998 di bawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966. PERDASAMA sentiasa aktif untuk menggembleng tenaga dan kepakaran dikalangan ahli-ahlinya untuk terlibat secara langsung dalamn semua usaha-usaha bagi memacu transformasi dan penyertaaan Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi negara bagi merapatkna jurang yang wujud.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) ialah Institusi Pendidikan Tinggi yang telah ditubuhkan pada tahun 1956 dengan mempunyai misi mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

PERDASAMA dan UiTM telah bersetuju untuk bekerjasama melaksanakan Projek Warisan Melayu Sedunia dengan nama singkatnya Projek WARISAN yang bertemakan ‘Menjulang Ekonomi Warisan Bangsa’ selama tiga hari bermula dari 9hb Mei hingga 11hb Mei, 2014 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

Projek WARISAN akan mengandungi empat acara besar :

a)   Majlis Jamuan Makan Malam Santapan Di Raja
b)   Persidangan Antarabangsa
c)   Pameran
d)   Padanan Perniagaan

Ahli Jawatankuasa Penganjur terdiri dari kalangna ahli jawatankuasa PERDASAMA dan kakitangan UiTM dan juga pihak awam dan swasta serta orang perseorangan yang mempunyai untuk menjayakan Projek WARISAN ini.

Projek WARISAN ini adalah kesinambungan projek yang telah dimulakan pada tahun 2005 yang perlu dipertingkatkan keberhasilannya agar anak bangsa akan dapat turut menyertai arus deras pembangunan yang sedang pesat berlaku ke arah Malaysia negara maju tanggal 1/1/2020.

Antara Matlamat Utama yang hendak dicapai

Menyatupadukan masyarakat ekonomi Melayu dan Bumiputera melalui rantaian dan rangkaian yang kukuh dan bersepadu secara sistematik dan mempertingkatkan penyertaan mereka di dalam ekonomi.

Menyediakan satu landasan untuk mendaftarkan undang-undang harta intelek untuk kepelbagaian produk-produk warisan.

Membina pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) warisan sebagai asas untuk mendagangkan proudk warisan untujk menguasai pasaran dalam negara dan meneroka pasaran antarabangsa.


Di antara matlamat khusus yang hendak dicapai ialah mempertahan dan mengembangkan seni warisan bangsa yang meliputi :

SENI TENUNAN & TEKAT
Songket, batik, tudung, sejadah, sarung bantal dan telekung.

KRAFTANGAN & ANYAMAN
Tikar mengkuang, barangan rotan, buluh, tikar rumput, bakul, topi, nyiru dan lidi.

SENI UKIRAN HALUS (LOGAM)
Emas, perak dan tembaga.

SENI UKIRAN KAYU
Perabut (meja / kerusi / almari), mimbar masjid, khat kayu dan bingkai.

SENIBINA BANGUNAN TRADISI
Rumah Melaka dan rumah Kutai.

RESEPI DAN MASAKAN TRADISIONAL
Masakan dan kuih-kuih Melayu.

ALAT MUZIK TRADISIONAL
Gong, guling tangan, rebana, nafiri dan seruling.

TARIAN TRADISIONAL
Zapin, canggung, inang dan joget.

KESUSASTERAAN MELAYU
Puisi, sajak, gurindam, syair, pantun dan pepatah.

SENJATA MELAYU
Keris, tombak, lembing, badik dan rencong.

REKABENTUK PAKAIAN MELAYU
Baju kurung, baju Johor, kebaya, cekak musang, puteri perak dan kebaya panjang.

ALAT PERMAINAN TRADISIONAL
Layang-layang, gasing dan congkak.

AKSESORI TRADISIONAL MELAYU (EMAS, PERAK DAN TEMBAGA)
Kerongsang, bengkung, gelang, gelang kaki, cucuk sanggul dan dokoh.

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
Silat gayung, silat minang, silat cekak dan silat petani.

SENI PERTUKANGAN
Reka bentuk kapal dan perahu zaman dahulu

BUDAYA DAN ADAT ISITIADAT
Pertabalan Raja-Raja Melayu, perkahwinan, kelahiran dan kematian.




Sumber Maklumat : http://warisanmelayusedunia.blogspot.com

No comments:

Post a Comment