Monday 14 July 2014

Projek Rumah Warisan Melaka : Membuka Minda Untuk Membantu Mereka

Usaha dan kesungguhan Kerajaan Negeri Melaka dalam memelihara dan memulihara rumah warisan telah menjadi inspirasi untuk kami membangunkan blog rumah warisan melaka siri 1 mempunyai 14 buah rumah warisan dan blog rumah warisan melaka siri 2 pula mengandungi sebanyak 11 buah rumah warisan.

Usaha ini dilakukan dengan kerjasama dari pelajar-pelajar JIM110 6E dan JIM110 6F UiTM Johor sesi Jan-Apr 2012 dan pelajar-pelajar JBM110 6A, JBM110 6B dan JBM110 6C UiTM Johor sesi Jan-Apr 2013 yang mengambil kursus ENT300 - Asas Keusahawanan di bawah seliaan Tn. Hj. Ros Hasri Hj. Ahmad, pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Johor.

http://rumahwarisanmelakasiri1.blogspot.com 

http://rumahwarisanmelakasiri2.blogspot.com

Mengambil iktibar dari usaha yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka yang berjaya menjadikan bahan warisan sebagai aset untuk menjana pendapatan dan menjadi tarikan kepada para pelancong, maka para pelajar telah diminta untuk menyempurnakan dua tugasan dalam kursus ENT300 ini dengan teras utamanya iaitu mengolah sebuah rumah lama agar ia boleh menjadi sesuatu yang bernilai komersial dan boleh menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya. 


Tugasan pertama adalah untuk menyediakan satu rancangan perniagaan yang memerlukan mereka mengunakan daya kreativiti bagi memikirkan idea perniagaan yang boleh dilakukan bagi menjana pendapatan melalui rumah warisan tersebut. 


Tugasan kedua adalah melakukan kerja amal jariah dengan membangunkan sebuah blog bagi menerangkan keistimewaan dan mempromosi aktiviti yang sememangnya terdapat di rumah warisan tersebut.

sebahagian dari blog-blog yang telah dibangunkan oleh
para pelajar untuk projek rumah warisan siri 1


sebahagian dari blog-blog yang telah dibangunkan oleh 
para pelajar untuk projek rumah warisan melaka siri 2


No comments:

Post a Comment