Apa Itu Pemuliharaan
?
Pemuliharaan membawa maksud usaha yang diambil untuk membaik pulih sesebuah
rumah, bangunan, monumen, artifak atau tapak binaan bersejarah agar ia dapat
terus dikekalkan dalam bentuk asal seperti mana ianya mula dibina.
Keutamaan dalam kerja-kerja pemuliharaan ini adalah usaha untuk memelihara
senibina tersebut seperti mana ianya mula dibina dan usaha ini dilakukan sama
ada menggunakan bahan, kaedah atau kerja-kerja perawatan yang sama atau hampir
sama seperti mana ianya dibina.
Usaha ini dijayakan melalui proses penggantian, peneguhan atau pembuatan
semula struktur-struktur rumah, bangunan, monumen, artifak atau tapak binaan
bersejarah tersebut. Proses ini perlu dilakukan dengan kaedah yang tepat dan
betul agar ia tidak merosak atau memusnahkan nilai warisan yang terdapat pada
rumah, bangunan, monumen atau tapak binaan bersejarah tersebut.
Kepentingan Usaha Pemuliharaan
Pada asasnya kepentingan usaha pemuliharaan ini terletak kepada
keinginan untuk mencari dan menyimpan maklumat mengenai sejarah lampau dan
identiti sesuatu bangsa. Ia mempunyai nilai yang tersurat dan tersirat yang
boleh dihayati dan dihargai oleh generasi bangsa tersebut di masa hadapan.
Antara kepentingan usaha pemuliharaan rumah warisan ini adalah dari
sudut sejarah warisan, ianya merupakan
peninggalan yang berharga untuk dipelihara dan dikekalkan bagi tatapan generasi
kini dan akan datang terhadap senibina orang-orang Melayu terdahulu.
Jika dilihat dari segi senibina
ternyata bahawa kehalusan hati budi orang-orang Melayu dahulu turut sama
diterapkan dalam ukiran dan binaan yang mereka bangunkan. Ini dapat dilihat
pada tangga, pintu, tingkap, tiang, dinding, bumbung yang dibina dengan
identiti tersendiri serta seni ukir yang sangat halus.
Apabila sesuatu senibina itu dibangunkan dengan keunikan dan
keindahannya yang tersendiri pastinya ia boleh menghasilkan sesuatu yang
bernilai komersial. Rumah warisan ini boleh menjana sumber pendapatan
berterusan sekiranya ia dijaga dan dipulihara dengan baik. Keindahan senibina
pasti akan menarik pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara untuk datang
berkunjung dan ini turut sama menjana pendapatan dari sudut pelancongan.
Terdapat beberapa buah rumah warisan di negeri Melaka ini dibina tanpa
menggunakan sebatang paku. Secara logiknya perkara ini mustahil untuk berlaku
masa kini, namun kepakaran dan pengetahuan yang ada pada orang-orang Melayu
dahulu mampu menghasilkan sesuatu yang sukar untuk diterima akal. Ini memberi
ruang kepada kita untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan untuk kita mempelajari dan mengkaji keistimewaan senibina yang
ditinggalkan oleh orang-orang terdahulu.
Berikut adalah contoh kerja-kerja pemuliharaan yang telah dijalankan ke atas rumah warisan melaka :
Berikut adalah contoh kerja-kerja pemuliharaan yang telah dijalankan ke atas rumah warisan melaka :
Sumber Artikel :
http://www.heritage.gov.my/index.php/konservasi/konservasi-bangunan/bangunan-tradisional/rumah-penghulu-abdul-ghani
Sebelum
Kerja Konservasi
Semasa
Kerja Konservasi
Selepas
Kerja Konservasi
Rumah
Penghulu Abdul Ghani bin Abdul Majid di Merlimau, Daerah Jasin, Melaka ini
adalah antara Rumah Melaka tertua yang masih berdiri megah dan merupakan antara
rumah Tradisional Melayu yang tercantik di negara ini. Ia mempunyai seni bina
yang sangat unik dengan gabungan gaya seni bina Melayu, Cina dan Eropah. Skala
rumah ini adalah jauh lebih besar dari ukuran lazim Rumah Melaka.
Rumah
ini pernah didiami oleh seorang ketua masyarakat yang menjawat jawatan Demang
atau Ketua Penghulu iaitu Penghulu Abdul Ghani bin Abdul Majid dan anaknya
Penghulu Natar bin Abdul Ghani. Segala peralatan perabot gaya Eropah seperti
meja, almari, kerusi dan katil yang diguna pakai di dalam rumah ini berbeza
dengan cara tradisional Melayu seperti kebiasaannya yang hanya duduk bersila.
Rumah
ini mempunyai dua buah komponen rumah yang bersambung menjadi satu. Rumah
Melaka iaitu Rumah Bumbung Panjang Tiang Enam Belas terletak pada bahagian
belakang merupakan kediaman rasmi keluarga Penghulu. Manakala Rumah Limas Johor
yang bersambungan menjadi anjung terbuka kepada Rumah Melaka berkenaan. Di
sinilah Penghulu Ghani mengadakan pertemuan dengan penduduk kampung di mana
bangku panjang gaya Victoria dibina pada sepanjang sisi anjung untuk duduk
bermesyuarat.
Rumah
ini diilhamkan oleh Penghulu Abdul Ghani sendiri dan dibina oleh beberapa
Tukang Cina. Oleh itu tidak hairanlah terdapat motif-motif Cina menghiasi
dinding, pintu, tingkap dan pagar rumah ini. Pengunjung akan disambut dengan
tangga batu Melaka yang sangat elegan berturapkan jubin berhias pelbagai warna
yang diimport. Ia diapit oleh dua buah kolah air serta tiang berhias sebiji
buah nenas sebagai lambang kemakmuran di kiri dan kanan tangga.
Terdapat
sepasang pintu unik dengan hiasan dua ekor naga berlaga terletak di antara
ruang verandah dengan anjung. Selain itu juga, motif flora dan burung pada
kepala pintu, tingkap serta pelamin yang jarang terdapat pada rumah-rumah
Melayu asli menyerlahkan lagi seni pertukangan gaya Peranakan Cina yang dibina
kekal di Rumah Ibu.
Rumah
Belakang dan Rumah Dapur dipisahkan dari Rumah Ibu dengan sebuah halaman dalam
(courtyard). Ia mempunyai dua buah pintu masuk di sebelah sisi dan belakang
dengan rekabentuk Cina berbumbung genting Belanda. Di ‘courtyard’ ini juga
terdapat sebuah kolah besar untuk membasuh kain serta sebuah bilik mandi tanpa
bumbung yang juga mempunyai kolah besar.
Bumbung
Rumah Anjung, Rumah Ibu dan Rumah Belakang dibina dari zink iaitu bahan bumbung
yang eksklusif pada masa itu. Manakala bumbung Rumah Dapur adalah dari genting
India. Keseluruhan bangunan ini dicat dengan motif mempunyai pelbagai warna.
Ini merupakan pengaruh senibina Cina kerana rumah-rumah tradisi Melayu lazimnya
mengekalkan warna kayu tanpa dicat.
Bagi menyelamatkan khazanah Negara yang tidak ternilai
ini, Jabatan Warisan Negara telah melaksanakan kerja-kerja baikpulih pada
keseluruhan bangunan termasuk membaikpulih dan memperkukuhkan struktur tembok
dinding dan tiang konkrit yang rosak, mengikis dan mengecat semula, menanggal
dan memasang jubin seramik, meroboh dinding tambahan, membaikpulih struktur
kerangka dan kemasan bumbung serta lain-lain kerja berkaitan seperti
membaikpulih pelamin, kabinet dinding, tempat memasak, kabinet dapur, kolah
bilik air serta tiang dan pelbagai motif ukiran. Semoga usaha murni ini dapat
meneruskan warisan peninggalan nenek moyang untuk generasi akan datang.
Keunikan senibina & Elemen Bangunan
Tiang Seri dan Pelamin gaya Peranakan Cina yang terletak di
bahagian Rumah Ibu
Tiang di verandah dihiasi jubin pelbagai corak dan
Ukiran hiasan dua ekor naga serta motif flora dan burung pada pintu pagar Peranakan di verandah.
Ukiran hiasan dua ekor naga serta motif flora dan burung pada pintu pagar Peranakan di verandah.
‘Jeriji pagar musang’ di bahagian anjung dan
Motif ukiran hiasan pelbagai warna serta tingkap ram kayu boleh laras terdapat di serambi.
Motif ukiran hiasan pelbagai warna serta tingkap ram kayu boleh laras terdapat di serambi.
Kerja-kerja mengikis cat dan memasang semula kepingan
tingkap.
Kerja-kerja menyimen lantai dan membaikpulih kolah air yang
retak.
Kerja-kerja menanggal dan menurunkan genting bumbung untuk
pembersihan.
No comments:
Post a Comment