Kemampuan untuk melihat peluang yang ada pada Rumah Melaka Warisan Melayu ini akan mampu memberikan pulangan serta pendapatan kepada para pemilik rumah warisan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh para pemilik rumah warisan ini bagi menjana pendapatan.
Langkah Kerajaan Negeri Melaka menjadikan bahan sejarah sebagai sumber yang boleh menjana ekonomi negeri ini patut dijadikan iktibar untuk para pemilik rumah warisan ini berfikir di luar pemikiran yang biasa-biasa agar ianya boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Jika kita melihat rumah itu sebagai rumah maka ianya akan sekadar menjadi tempat penginapan untuk kita berteduh dari panas dan hujan, sebaliknya jika kita mampu untuk berfikir secara kreatif maka ia mampu menghasilkan pendapatan yang boleh menampung kehidupan seharian para pemilik rumah warisan.
Ada beberapa orang pemilik rumah warisan yang telah mengambil langkah proaktif dan mengunakan kreativiti dengan melihat peluang dan potensi yang ada pada rumah warisan ini untuk menjana pendapatan dan membantu meningkatkan ekonomi setempat.
Antara idea-idea yang boleh dilaksanakan di rumah warisan melaka adalah :
Rumah Warisan sebagai muzium menyimpan khazanah bangsa
Rumah Warisan sebagai tapak untuk aktiviti perniagaan
Rumah Warisan sebagai pusat jualan hasil seni dan kraftangan tempatan
Rumah Warisan sebagai pusat jualan buah-buahan tempatan
Rumah Warisan sebagai pusat jualan ulam-ulaman tempatan
Rumah Warisan sebagai pusat jualan makanan tradisional tempatan
Rumah Warisan sebagai lokasi untuk pengambaran filem atau drama
Rumah Warisan sebagai tempat untuk rakaman dan majlis perkahwinan
No comments:
Post a Comment